Saturday, February 6, 2010

Dia yang kuat.

Saya menerima pangilan dari kampung pagi ni. Saat salam menyapa, saya cepat mengenali pemilik suara yang lembut di hujung talian. Mak. Mendengar suaranya, ketenangan yang menjengah di kalbu.

"It gives me a way of inspiration. A kind of theraphy, I guess. I have always wanted to tell her that I really love her so much that I want her to be happy all the time, regardless of any situation." -Dear me ^^

Tetapi, adakalanya, sayang saya pada Mak tak terlafaz, tersekat-sekat di kerongkong kerana dipagari malu yang tak bertempat. Saya yang selalu inginkan Mak bahagia, tetapi saya tahu bahawa Mak lebih-lebih lagi inginkan saya beroleh kebahagiaan melebihi dirinya, dan ini pun sebuah cinta dan kebahagiaan yang tak mampu terungkap dengan kata-kata kerana ia adalah kelebih-lebihan dan pembaziran yang bersifat fitrah, fitrah yang indah!

Mak dan ibu kepada Mak (Wan saya yang comell) ^^

Inilah wajah insan teristimewa dalam hidup saya. Dengan kekuatan rahimnya, saya dilahirkan ke dunia. Dengan kebesaran jiwanya, saya adalah siapa saya sekarang. Sungguh mengharukan. Berbaur perasaan dalam jiwa saat tangan menari di atas kekunci komputer. Menatap wajah wanita yang semakin dimakan usia ni, lebih-lebih lagi meruntun jiwa.

Selepas menikahi ayah, ketaatan, kesetiaan dan seluruh kecintaan tertumpah khusus kepada keluarga yang baru dibina. Cinta dan kasih sayangnya tersangat halus, sehalus dan selembut jiwa perempuannya. Siapa sangka, wanita itu benar-benar mampu mengubah dunia dengan jiwanya. Peranan yang mak mainkan dalam keluarga kami teramat besar, pantulan dari kekuatan cinta dan kebesaran jiwanya.

Kisah kami tak mungkin bisa usai untuk dikhabarkan. Rentetan kisah yang panjang, penuh onak dan liku yang berduri. Sedikit pun Mak tak pernah mengalah untuk menghadapinya. Belum lagi kisah anak-anak yang tak memahami kemahuannya, menentang, membuat provokasi dan segala macam onar lagi. Tertahan-tahan perasaannya menanggung duka. Adakah pernah dikau mengerti duhai anak?

MAK bukan perempuan gagah yang bisa menahan gunung, atau pahlawan hebat di barisan hadapan yang mempamerkan keperkasaan fizikal. Sedikit pun beliau tidak mendidik kami, puteri-puterinya untuk beraksi lincah mempamerkan kekuatan fizikal dikhalayak ramai. Justeru, minda sedar saya selalu diasak persoalan yang mendambakan jawapan saat melihat aksi lincah para wanita hari ini yang ketangkasannya ingin menyaingi lelaki, adakah mereka berasa malu dengan sifat kelembutan yang Allah hiaskan pada insan bernama wanita?

Mak meraikan persoalan saya dengan tingkah yang tiada pendustaan. Yang ada cumalah kelembutan dan keikhlasan yang tiada pernah berpenghujung.

Bisakah diriku mencontohimu, wahai bondaku?




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...