Sunday, October 28, 2012

Its always about you

Today is my beloved B-day!

This is the 15th time she's encountering the date that is exactly the same with the date she was born fifteen years ago. Its 27th of October. The date had never change, neither do our love to her. She has always be the baby of the family since then.

the hype look of having the first time ever being away from home and family when she left for school.



Blossoming and growing up to be beautiful ever. May Allah bless her :)


Just like before, the birthday celebration is far from perfect. We didn't manage to celebrate it on the day that we supposed to. The most that we did for her was trying to make her rest assure that we really didn't forget that today is her birthday. Today is a long day indeed for us because eventually we're all still in the Eid al-Adha mood. There's still kenduri everywhere that require our presence, (at least we feel that our presence is require there though we're not really sure  does it really is, hehe). And, as we reach home, we're all worn out. Sangat.

Hence adik, I would like you to know that we dearly love you no matter what. Your presence in our life is utmost important and far more  valuable than any other thing in this world. Its not the date that matter, but rather its YOU dear.

Happy birthday beautiful.


Eyqa and adik in front of our late nenek's house.




Wednesday, October 24, 2012

Berkomuniti sampai Syurga

Allah swt yang Maha Penyayang itu  telah mentaqdirkan saya agar berkomuniti dengan mereka. Mereka hidup, menjalani fitrah sebagaimana manusia yang lainnya. Berkehendakkan makanan, pasangan, tempat tinggal dan katakanlah apa jua senarai keperluan hidup seorang manusia, mereka juga berkehendakkannya.  Kerna mereka adalah manusia, seperti saya, seperti kalian juga. Indahnya makhluk bernama manusia, penciptaannya penuh keindahan dan warna warni yang ceria dan indah. Ada saatnya mendung kelabu, tetapi juga cerah ceria seperti indah dhuha selalunya.

Namun, yang membezakan setiap manusia itu adalah paradigma kehidupan yang mereka pilih untuk memandang. Kaca mata jenis apakah yang kita ambil untuk melihat kehidupan yang Allah pinjamkan kepada kita. Andai melihat dengan kaca mata iman dengan matlamat terbesar kehidupan adalah redha Allah, maka pandangan yang terbentang, tindakan yang diambil juga akan menyelusuri jalan itu. Andai kaca mata yang diguna berjenama mahal Ray Ban untuk meraih kagum manusia, maka kagum manusia yang hanya berdetik dua saat itu juga yang akan kita miliki. Itu sahaja. Maka pilihlah paradigma hidup yang benar atau anda akan berbangga selama dua saat sekejap sekejap kemudian rasa kekosongan di jutaan saat minit jam seterusnya dalam hidup anda. Pilihan ditangan anda.

Dunia ni cantik, tapi dengarnya syurga lagi cantik. Cantiknya tak pernah terbayang dek akal, tak pernah terdengar dek telinga. Boleh bayangkan tak tempat tinggal kekal abadi kita tu nanti kalau kita-baik-dan-Allah-redha-dengan-kita, oh!




 Saya melihat mereka, pada bentangan kemewahan dan kekacakan dunia yang mengerlip-ngerlip yang hampir butakan mata hati saya, sedikit pun tidak merubah hati mereka. Dunia diambil sekadar apa adanya. Mereka kelihatannya sangat biasa biasa, yang menarik-narik hati saya cumalah wajah redup dan jiwa perihatin mereka terhadap manusia disekeliling mereka. Datangkan kemewahan dan juga jiwa-jiwa yang perlu dibangunkan, nyata, mereka akan memilih jiwa-jiwa kosong itu untuk diindahkan, dielokkan dan disiapkan sebelum berlepas menuju ke Jannah, :-'(


Faham tak perasaan apabila ada orang yang sentiasa yakin dengan kita walaupun kita pun tak berapa yakin dengan diri kita sendiri dan mereka itu langsung tiada ikatan darah dari sebelah atuk belah mak kita atau nenek belah ayah kita atau atas atas lagi memang takde kaitan. Yang ada cumalah Ikatan Muslimin Malaysia, eh? :))

Lambaian seorang pejuang, bapa. Semoga kelak bisa berkumpul dengannya. Andai tidak didunia, moga di Jannah :)



Hakikatnya kita sama. Yang membezakan kita adalah taqwa. Dan kata 'Umar al-Faruq, "taqwa itu disini," sambil menepuk-nepuk dadanya. Taqwa tidak terzahir dengan paras rupa, tetapi ia adalah rahsia yang Allah sembunyikan dari pengetahuan pancaindera fizikal manusia. Yang tersisa cuma biasan-biasan keindahan akhlak dan peribadi yang terpancar hasil dari acuan jiwa yang bertaqwa. Itu pun masih rahsia. Tiada yang dapat menentukan ketepatannya kerna ikhlas itu hanya terhubung diantara Allah swt dan hambaNya itu sahaja. Tiada yang dapat memintas mencuri-curi dengar rahsia keikhlasan itu. Siapakah kita untuk mengadili manusia.

Yang perlu pada kita adalah meneruskan langkah menuju Jannnah al-A'la. Itu destinasi kita. 


Friday, August 10, 2012

Wanita dan Kerjaya

This article was posted by UZAR. It is enlightening. I hope all of us will be benefit from this article insyaAllah.

Hukum Wanita Kerjaya Beserta
Keputusan Majlis Fiqh Dunia
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya. 

Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah SWT iaitu :-

للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن

Ertinya : "Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan" ( An-Nisa : 32 )

Nabi SAW pula telah menyebutkan bahawa :-

ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده

Ertinya : "Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri" ( Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306)

Disebut juga dalam sebuah hadith dhoif :

من بات كالاًّ من عمل يده بات مغفورًا له

Ertinya : Sesiapa yang tidur dengan keletihan dari kerja tangannya sendiri, ia tidur dalam keadaan diampunkan oleh Allah SWT" ( Riwayat Ibn 'Asakir & At-Tabrani ; Al-Haithami dalam Majma Az-Zawaid : Ramai perawinya tidak aku kenali )

Justeru, bekerja dan mencari nafqah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan aqal bagi menanggung isteri dan keluarganya manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam. Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman Nabi atau sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut ( Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim, 2/280)

mesejSejarah Wanita Bekerja di Zaman Nabi

Kebanyakan wanita di zaman Nabi dahulu tidak bekerja di luar rumah dan hanya bekerja di sekitar rumahnya sahaja. Cuma sebahagian waniat islam adakalanya bertugas di luar rumah sekali sekala berdasarkan keperluan.

Ummu Atiyah sebagai contoh yang bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawati lelaki yang cedera di medan peperangan disamping itu menyediakan makanan buat pejuang-pejuang Islam.

Termasuk juga adalah Rufaydah Al-Aslamiyyah, yang merupakan doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW menyediakan sebuah khemah khas di masjid Nabi untuk tujuan rawatan bagi pejuang Islam yang cedera ketika peperangan 'Khandaq'.

Demikian juga Ar-Rabaiyyi` bint Mu`awwiz and Umm Sulaim yang bertugas di luar rumah untuk memberi minuman dan makanan kepada pejuang. Ash-Shifa' binti `Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita islam membaca dan menulis di ketika baginda nabi Muhammad SAW masih hidup.

Umm Mihjan pula bertugas sebagai pembantu membersihkan masjid nabi sehingga ketika ia meninggal dunia, nabi tercari-carinya dan diberitahu kemudiannya, ia telah meninggal dunia. Sebagai penghormatan, baginda Nabi SAW pergi di kuburnya lalu menunaikan solat jenazah buatnya.

Selain itu, Khalifah `Umar ibn Al-Khattab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa' untuk menjalankan tugas al-hisbah atau 'Shariah auditor' di pasar di ketika itu bagi memastikan ia dijalankan menepati Shariah.

Semua ini menunjukkan keharusannya, cuma semua keharusan tadi diikat dengan syarat tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya ( Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', hlm 18) :-

1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-

a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.

b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya.

c- Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.

d- Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.

2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.

3) Mestilah keluarnya untuk bekejra dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.

4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duanya dan bercampur baur dengan lelaki.

Sebagaimana antara dalil yang menunjukkan keperluan untuk tidak bercampur dan berasak-asak dengan kumpulan lelaki sewaktu bekerja adalah firman Allah SWT :-

وَلَمَّا وَرَدَ مَاء مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَأتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاء وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ

Ertinya : "Dan tatkala ia ( Musa a.s) sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang (lelaki) yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia mendapati di belakang lelaki-lelaki itu, ada dua orang wanita yang sedang memegang (ternaknya dengan terasing dari lelaki).

Musa berkata: ""Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?"" Kedua wanita itu menjawab: ""Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya" (Al-Qasas : 24 )

5)  Mendapat izin wali atau suami.

6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur, hlm 84)

7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.

8)  Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecatatan dalam pendidikan anak-anak.

9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.

Sebagai panduan buat suami isteri bekerja, disertakan keputusan majlis Fiqh Sedunia tentang perkara berkaitan.

Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16  bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-

1.       Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri

Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.


2.       Nafkah perkahwinan

Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).


3.       Isteri keluar bekerja

  •  Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.

  •  Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.


4.       Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga

  •  Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).

  •  Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.

  •  Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.

  •  Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)

5.       Kerja Sebagai Syarat

  •  Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.

  •  Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.

  •  Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.

  •  Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.



6.       Perkongsian isteri dalam pemilikan harta

Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.



7.       Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan

  •  Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.

  •  Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.

  •  Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan.  Tamat terjemahan

Kesimpulan saya

  • Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.

  • Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.

  • Walaupun wanita dibenarkan bekerja, ia tidak bererti suami boleh duduk berehat jaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualiti diri untuk lebih kehadapan sehingga boleh menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.

  • Suami isteri bekerja adlaah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli belah (sehingga mengadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam.

  •  Menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia ( menurut asbab kepada hukum alam ),

  •  Komen saya : ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil hingga besar. Malangnya mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita dalam Islam.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

24 Ogos 2007

11 Syaaban 1428 H

Berikut adalah teks arab keputusan Kesatuan Fiqh Sedunia :-

وقد ناقش مجمع الفقه الإسلامي في دورته السادسة عشرة هذا الموضوع ، وخرج بهذا القرار:-
إن مجلس مجمع الفقه الإسلامي الدولي المنبثق عن منظمة المؤتمر الإسلامي المنعقد في دورته السادسة عشرة بدبي ( دولة الإمارات العربية المتحدة ) من 30 صفر إلى 5 ربيع الأول 1426هـ ، الموافق 9 - 14 نيسان ( أبريل ) 2005م ،
بعد اطلاعه على البحوث الواردة إلى المجمع بخصوص موضوع اختلافات الزوج والزوجة الموظفة ، وبعد استماعه إلى المناقشات التي دارت حوله ،

قرر ما يأتي :
أولاً : انفصال الذمة المالية بين الزوجين :
للزوجة الأهلية الكاملة والذمة المالية المستقلة التامة ، ولها الحق المطلق في إطار أحكام الشرع بما تكسبه من عملها ، ولها ثرواتها الخاصة ، ولها حق التملك وحق التصرف بما تملك ولا سلطان للزوج على مالها ، ولا تحتاج لإذن الزوج في التملك والتصرف بمالها .

ثانياً : النفقة الزوجية :
تستحق الزوجة النفقة الكاملة المقررة بالمعروف ، وبحسب سعة الزوج وبما يتناسب مع الأعراف الصحيحة والتقاليد الاجتماعية المقبولة شرعاً ، ولا تسقط هذه النفقة إلا بالنشوز .

ثالثاً : عمل الزوجة خارج البيت :
(1) من المسؤوليات الأساسية للزوجة رعاية الأسرة وتربية النشء والعناية بجيل المستقبل ، ويحق لها عند الحاجة أن تمارس خارج البيت الأعمال التي تتناسب مع طبيعتها واختصاصها بمقتضى الأعراف المقبولة شرعاً مع طبيعتها واختصاصها بشرط الالتزام بالأحكام الدينية ، والآداب الشرعية ، ومراعاة مسؤوليتها الأساسية .
(2) إن خروج الزوجة للعمل لا يسقط نفقتها الواجبة على الزوج المقررة شرعاً ، وفق الضوابط الشرعية ، ما لم يتحقق في ذلك الخروج معنى النشوز المُسقط للنفقة .

رابعاً : مشاركة الزوجة في نفقات الأسرة :
(1) لا يجب على الزوجة شرعاً المشاركة في النفقات الواجبة على الزوج ابتداء ، ولا يجوز إلزامها بذلك .
(2) تطوع الزوجة بالمشاركة في نفقات الأسرة أمر مندوب إليه شرعاً لما يترتب عليه من تحقيق معنى التعاون والتآزر والتآلف بين الزوجين .
(3) يجوز أن يتم تفاهم الزوجين واتفاقهما الرضائي على مصير الراتب أو الأجر الذي تكسبه الزوجة .
(4) إذا ترتب على خروج الزوجة للعمل نفقات إضافية تخصها فإنها تتحمل تلك النفقات .

خامساً : اشتراط العمل :
(1) يجوز للزوجة أن تشترط في عقد الزواج أن تعمل خارج البيت فإن رضى الزوج بذلك ألزم به ، ويكون الاشتراط عند العقد صراحة .
(2) يجوز للزوج أن يطلب من الزوجة ترك العمل بعد إذنه به إذا كان الترك في مصلحة الأسرة والأولاد .
(3) لا يجوز شرعاً ربط الإذن ( أو الاشتراط ) للزوجة بالعمل خارج البيت مقابل الاشتراك في النفقات الواجبة على الزوج ابتداء أو إعطائه جزءاً من راتبها وكسبها .
(4) ليس للزوج أن يُجبر الزوجة على العمل خارج البيت .

سادساً : اشتراك الزوجة في التملّك :
إذا أسهمت الزوجة فعلياً من مالها أو كسب عملها في تملك مسكن أو عقار أو مشروع تجاري فإن لها الحق في الاشتراك في ملكية ذلك المسكن أو المشروع بنسبة المال الذي أسهمت به .

سابعاً : إساءة استعمال الحق في مجال العمل :
(1) للزواج حقوق وواجبات متبادلة بين الزوجين ، وهي محددة شرعاً وينبغي أن تقوم العلاقة بين الزوجين على العدل والتكافل والتناصر والتراحم ، والخروج عليها تعدٍ محرم شرعاً .

(2) لا يجوز للزوج أن يسيء استعمال الحق بمنع الزوجة من العمل أو مطالبتها بتركه إذا كان بقصد الإضرار ، أو ترتب على ذلك مفسدة وضرر يربو على المصلحة المرتجاة .
ينطبق هذا على الزوجة إذا قصدت من البقاء في عملها الإضرار بالزوج أو الأسرة أو ترتب على عملها ضرر يربو على المصلحة المرتجاة منه .

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan dan Rindu

Ramadhan kali ini, saya dilapangkan untuk turut sama menghidupkan terawikh di masjid, alhamdulillah. Nikmat yang besar namun pernah dipandang enteng sebelumnya. Setelah tamat belajar dan mula melayari alam pekerjaan, baru saya sedar betapa nikmatnya menyatukan ion-ion dalam badan dengan jemaah lain dan saling bersinergi untuk mencipta tenaga positif ketika solat apabila peluang itu hanya tinggal kenangan. Nikmat dan peluang ini tak selalunya tersedia, terutama apabila dipanggil untuk bertugas pada malam-malam Ramadhan. Buat kalian yang tak berkesempatan, tabahlah dan tekadkanlah dalam hati agar dikurniakan peluang kelak.



Bertemu kembali dengan Ramadhan kali ini, saya akui hati sangat tergamit syahdu. Belum pun meraikan kemenangan setelah sebulan berjuang didalamnya, pertemuan dengannya sudah cukup menggugat emosi saya yang kebelakangan ini kerap tergoncang. Saya redha dengannya. Saya dan emosi memang tak boleh dipisahkan :D Tetapi kali ini saya beremosi sambil membina jiwa. Saya sedar emosi kali terusik kerana kerinduan saya pada ketenangan hidup yang ditiup oleh Allah swt kepada hamba-hamba yang dicintaiNya. Dan saya berharap saya adalah sebahagian daripada mereka yang dicintaiNya itu (walau hakikatnya saya masih jauh untuk menggapai tahap semulia itu :( )

TAPI

walaupun rasa inferior masih kuat dalam jiwa, saya tetap tak akan berputus asa dari rahmat-Nya. Saya sedar saya masih jauh dalam perjalanan mencari cinta-Nya, tapi saya tetap yakin Dia akann tetap menanti sehingga saya tiba. Oh Allah!

Saya akan tetap berjalan, tanpa henti menuju redha-Nya.

Nak ikut?



Monday, June 18, 2012

un-Seen-able Gift

Have you ever feel as if you are being saved, but the saver (read: hero/warrior) is just not around in person that you don't really get the chance to say how grateful you are to him/her. Well, I feel that way for several times, and I still feel the same today.

Its very irritating when you realize how much you have screwed with your own life. Its like you've reached to a destination that you really don't want to get to. You sighed all day long on how much you wish you could turn back time. Its irony, but its true. Honestly, I hate that kind of feeling though I keep on reaching the same point each and every time. 

Somehow,  there's also some magical moment in my life that I couldn't really describe. It feels just like you've been saved by somebody that you couldn't really see. He's not there, but you can feel He's around. You couldn't see the warm smile but you can feel the warm and endless joys of love and serenity. (Can y'all imagine those miraculous momentous just like a scene in a romantic movies?) The scenario/situation is kind of similar, but the feeling is somehow indescribable).

Its even better than getting a bouquet of red roses with cute card attach on it. Its MORE than that, seriously.

Its like, you feel very blessed.

I feel I am  blessed.

It was then I realized that no matter how I messed up with my life, I've got those prayers from all over the world that will guide me when I'm about to do wrong again, and lead my way to the righteous :)
I knew its the gift from the heaven through those prayers that you guys have for me. I don't really know how to make this post more presentable to my real feelings, but I really appreaciate those du'as and love that have been sent my way.
 
That's the beauty of today. I'm going to cherished it.

 Thank you people!

Let's pray hard, y'all. :)


Monday, May 14, 2012

7 Things....

 I can't really figure it out, at least for now, what kind of wife I'm going to be. So, for who-ever-you are, Mr husband to be, this might be relevant. Since I'm not yet anyone's wife,  what harm could it bring if I agree on the author, ey? I'm not being biased, I'm just delighted to second him. His point do make sense, as far as I could see. So, here I'm sharing the secret that shouldn't be kept. This kind of secret, its worth to be spread around! :)

7 Things Your Muslim Wife Won’t Tell You

What’s Going On Under the Hijab?

Last week I wrote an article entitled “7 Things Your Muslim Husband Won’t Tell You.” I thought I was gonna get a lot of complaints about that one, but so far, everyone seems to enjoy it.

Well, if the last article didn’t upset you, perhaps this one will. Actually, I don’t want to upset you. But I do want you to think about things that may not normally cross your mind.

Most men have a hard time understanding women. Even a woman they’ve been married to for years.

One minute she’s perfectly fine. The next, she’s crying like a baby.

She complains about something but when we offer advice on how to fix it, she still isn’t satisfied.

After several years of marriage (and counselling) I’ve learned to not worry so much about what my wife says. Instead, I should worry about what she doesn’t say.

With this information in mind, I’ve put together a quick list of things Muslim men should be aware of when it comes to their wife’s mind.

1. Above All, She Wants Your Love

This harkens back to a post I wrote a couple of months ago called “Love or Respect: Which Do You Prefer?”

In this article I explained that men desire respect from their wives, and women desire love from their husbands.

When a wife shows her husband less respect, he in turn shows her less love.

And when a husband shows his wife less love, she in turn shows him less respect.

And the vicious cycle repeats itself.

Stop this prophecy before it becomes self-fulfilling. Show love to your wife.

That’s what she wants. Love her despite her flaws and quirks.

And Inshallah, she’ll respect you despite your flaws and quirks.

2. She’s Bored

It’s the same thing every day.

Week in and week out.

Not only is she bored but she’s also tired.

She has to care for the kids and run the household and then pamper you.

Just thinking about doing that every day makes me want to crawl under my covers and hide. I can imagine how the average Muslim housewife must feel.

And let’s not forget about working woman. Many Muslim women have to work a full time job as well as hold a house down.

So brothers, I implore you, make your wife feel special. Give her a break.

Take her out sometimes. Surprise her with a surprise meal. Bring her favorite desert home.

Just do something every now and then to break the monotany.

3. She Wants to Be Complimented

Appreciation.

Everybody wants it.

No one wants to feel as if the hard work they do goes unnoticed or even worse, it taken for granted.

Your wife does not have to clean your dirty clothes. And she does not have to cook your meals.

But she does.

And she does that on top of all the other things in her life:

Working or going to school.
Caring for the kids.
Striving to be a better Muslimah.
Show your Muslim wife that you appreciate and are thankful for the things she does to maintain you and your family.

A simple “thank you” is a good start.

4. She’s Insanely Jealous

There’s a reason most women don’t care for polygamy.

Be very careful how you talk about other women around your wife.

I mentioned this in my book “Sex and Islam.” Don’t ever compare your wife to another woman.

Don’t compare her to some female movie star.
Don’t compare her to your mother.
Never, ever compare her to your ex-wife (or other wife!)
She’s wants to know and believe that she is the center of your universe. So make her feel that way.

Even the Prophet’s (pbuh) wives got jealous. Aisha (RA) even got jealous of Khadijah (RA) who was dead.

Expect, and respect, the same type of jealousy from your wife.

5. She Wants You to Help Her Become A Better Muslimah
If you haven’t seen it yet, I encourage you to watch this video I did a couple of weeks ago for Muslim men. In this video I stress the importance of men taking the role of leader within their families.

And that’s the problem with a lot of Muslim men these days.

Not only are they not being good leaders, they’re being led by their wives (or mothers, or other women in their lives).

Your wife desires and wants you to be her leader. And what better way to lead her than to be show her how to be a better Muslimah?

But you can’t show her how to become better if you’re not that great either. Therefore, you have to upgrade your Iman. You have to improve yourself and then pass it on to her in a gentle, respectful way.

6. She Doesn’t Like to Nag, But Sometimes You Make It Hard
It’s a common myth that women like to nag their husbands. That’s not entirely true.

Yes, there are some people (men and women) whom you can never please. No matter what you do, they’ll always find fault in something. Let’s be reminded of the following hadith:

Narrated Ibn ‘Abbas: The Prophet said: “I was shown the Hell-fire and that the majority of its dwellers were women who were ungrateful.” It was asked, “Do they disbelieve in Allah?” (or are they ungrateful to Allah?) He replied, “They are ungrateful to their husbands and are ungrateful for the favors and the good (charitable deeds) done to them. If you have always been good (benevolent) to one of them and then she sees something in you (not of her liking), she will say, ‘I have never received any good from you.”

Sahih Bukhari

So, yes sisters should be careful about denegrating the things your husband does for you.

But very often, you Brother, make it hard for her to hold your tongue.

Perhaps you’re always finding fault with her and she looks for things in your character to get even.

Perhaps you’re not working (or not working hard enough) and she has to work to take up some slack.

Perhaps you’re just not that great of a guy.

Once again, upgrade yourself and give her less reasons to complain and nag.

7. More Than Anything, She Wants a Stable, Happy Relationship With You

Women don’t get married just because they think it’s gonna be fun.

They get married because they want a happy family life and they believe you’re gonna give it to them.

Outside of her religious duties, that’s the most important thing in a Muslim woman’s life. Raising a happy, stable, Muslim family.

The funny thing is, it’s very easy for you to give that to her.

Stop acting like a jerk. Be a good husband to her. Be kind. Show her you love her.
Don’t threaten her with divorce or taking a second wife. Yes, you have the right to do both. But using them as threats is inappropriate and detrimental to your marriage.
Trust in Allah, watch out for the tricks of Shaytan, and be patient with her. There’s nothing Shaytan would love more than to destroy your marriage.
See? That isn’t all that hard, now is it?

From: Laibun Nisa ( Beauty for Muslimas)

I smile ears to ears when I read this. I couldn't agree more. He just right. Nonetheless, I'm not that kind of jerk who'd expect only good things from others while give nothing back. Cause you know, it takes two to tango, right ? ;)

P/s: Its very bad I couldnt find who's the author. If this article belongs to you, please let me know. 

Saturday, January 14, 2012

T.T

Its been awhile since I last posted something precious, something good and refreshing here. It'd had always been about feeling, daily chores that I really want to nag at somebody (oh!) and all the cycles that would never end until the day I die, I supposed.

Hence, I decided to pull off all the nasty-miserable part of my life and give the soul a break. Holiday, oh yeah :)

TT_TT



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...